Wednesday, 9 April 2014

Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi putih
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 biji telur
Garam
Cili merah & daun sup - hiasan

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Boleh juga jika mahu ditumbuk sebahagian dari ikan bilis.

Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih. Tumis cili kisar dan bawang sehingga cili garing dan betul betul masak.

Masukkan nasi dan kacau rata. Pecahkan telur dan dikacau supaya bergaul rata dengan nasi. Masukkan garam dan taburkan ikan bilis goreng.

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Taburkan cili merah dan daun sup yang dihiris sebelum dihidangkan.




No comments: