yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan...
yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada ketentuanNYA,
rasa bahagia dengan ujian walaupun perit...di situ air mata yang
menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka...indahnya tarbiyyah
Allah..tersirat rahmat dan hikmah..diuji kita sebagai tanda sayangNYA...
bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNYA..
begitulah rupanya berkasih dengan Allah...tidak akan dibiarkan terlena
dengan kenikmatan yang melimpah tetapi dilindungi dengan ujian dan
cubaan yang tak berkesudahan...panjatkan kesyukuran kerana itu tanda
sayang Allah kepada hamba-hambaNYA.....
"Ya Allah, sentuhlah
hatiku ini, saat aku jauh dariMU, peluklah hatiku, saat aku mencintai
sesiapa lebih dariMU, peliharalah imanku selalu, jadikan aku hamba yang
banyak berdoa, beristighfar dan menangis di hadapanMU agar diberi
kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu itu datang dariMU"...
"Semoga Allah memberikan pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk
setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan, kekuatan untuk setiap
dugaan dan makbul untuk setiap doa"
"hidup ini adalah kembara
merentasi benua yang mencabar..ketakutan dan cabaran menghambat kita di
mana-mana. namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika
dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan
sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini"
"Ya Allah,
sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka
Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara dan sekirannya kejayaanku
membuatkan aku jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak
menentukan selayaknya untuk ku...kerana aku yakin, tiada apa yang Kau
takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap
nilainya"...

No comments:
Post a Comment