BAHAN-BAHAN:
  • 20 ekor sotong | sederhana saiznya
  • 250 gm beras pulut | dibasuh dan ditoskan
  • 250 ml santan
  • 10 gm gula merah
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Lidi | sebagai pencucuk
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Beras pulut dimasukkan ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh tetapi hanya separuh bahagian saja.
2. Selepas itu sematkan kepala sotong itu dengan menggunakan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar.
3. Susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan ke dalam periuk itu.
4. Masukkan daun pandan, garam secukup rasa dan gula merah ke dalam periuk.
5. Akhir sekali, tutup periuk dan masak selama sejam dengan menggunakan api yang perlahan.
6. Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.