Ketam Lembut Sos Tomato
Untuk rasa yang enak, makan segera sebaik sahaja masak
Tarikh:
16 Jun 2014
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ketam kulit lembut
- 5 biji bawang putih | dicincang halus
- 100 gm halia | dicincang halus
- 3 biji cili hijau | potong kasar
- 3 biji cili merah | potong kasar
- 1 biji bawang besar | hiris halus
- 6 biji tomato | cincang kasar
- 100 gm seleri | potong dadu
- 2 tangkai serai | potong halus
- 3 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan garam bersama ketam dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga sedikit garing. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan tumis bawang putih, bawang besar, halia dan serai sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau, seleri dan tomato yang dicincang tadi. Kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan sos tomato, ketam dan perasakan dengan garam.
5. Kacau lagi sehingga masak. Bolehlah diangkat.
6. Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment