Alkisah di sebuah madrasah seorang guru sedang mengajar
pelajarnya pengajian tafsir Al Quran. Pengajian pada hari tersebut masih lagi
tentang Surah Al Ma'un sepertimana hari-hari sebelumnya. Seorang pelajar tidak
berpuas hati pada guru tersebut kerana bosan dengan pengajian surah yang sama.
Lantas dia bangun dan berkata:
"Ustaz, kalau tidak salah saya dalam Al Quran ini ada 114 surah, kenapa ust
az asyik memfokuskan surah Al-Ma'un sedangkan surah ini cuma
surah yang pendek?""Ustaz, kalau tidak salah saya dalam Al Quran ini ada 114 surah, kenapa ust
Ustaz itu tersenyum lalu menjawab soalan yang diajukan...
"Ya, saya tahu dalam Al Quran ini ada 114 surah. Tapi saya mahu bertanya adakah kamu telah menghayati serta mengamalkan segala pelajaran dalam surah Al Ma'un ini? Dalam surah ini Allah menyebut pada ayat 1 hingga 3:
"Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?. Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak mendorong memberi makan pada orang miskin."
"Cuba kamu fikir dan renung sejenak, adakah setelah belajar surah ini, kamu telah menyantuni dan mendekati semua anak-anak yatim serta orang miskin di sekitarmu dan berusaha membantu meringankan beban mereka? Atau adakah kamu ini manusia yang telah buta hatinya iaitu mereka yang tidak berasa apa-apa apabila melihat orang lain menderita?"
Pelajar tadi terdiam dan terus duduk. Dia mula sedar dan faham sebab kenapa gurunya asyik mengulangi surah yang sama.
Sahabat sekalian, ibrah daripada cerita ini ialah kita ini tidak sepatutnya mudah menghukum orang lain dan cepat melatah apabila sesuatu perkara yang orang lain lakukan tidak memenuhi citarasa kita. Selalu saja kita ini melabel orang lain sebagai nakal, jahat, tidak alim, malas, poyo....namun adakah pada masa yang sama kita ini cuba mendekati dan memahami orang tersebut serta berkawan dengannya. Adakah kita sering memberi nasihat yang baik dan mengajak dia ke arah kebaikan? Kalau belum, jangan menilai orang secara zalim! Berlaku adil lah =)

No comments:
Post a Comment