Daging Masak Kerutuk
1 kg Daging (potong ikut suka) - rebus dulu daging, untuk senang masak
Bahan bahan kisar
2 labu bawang besar
3 bawang putih
sedikit halia
lain lain
4 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 serai dititik
asam keping
sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)
Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend. Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air daging kering dan santan naik minyak.
Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.
Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.
Hasnani Million Leap Properties
No comments:
Post a Comment