Tuesday, 25 March 2014

Cahaya Ketenangan - Transformasi Rabaitul Adawiyah

Petikan dari Majalah Nur

'Iman itu tidak dapat diwarisi'! Siapa yang mampu menyangkal kenyataan ini? Anda seorang yang yang berpegang teguh kepada iman. Kepada anak-anak, anda berikan pendidikan terbaik terutamanya tentang Islam.

Harapan kita agar anak-anak ini dapat menjadi insan yang soleh dan solehah serta tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai unsur tidak sihat zaman ini. Namun adakah anda mampu memastikan anak-anak itu kekal dengan apa yang anda harapkan? Tanyakan kepada diri sendiri juga, adakah kita sudah 'menjadi' apa yang ibu bapa kita impikan? Dalam soal kerjaya, mungkin ya, namundalam soal agama, bagaimana?
Adakah kita merasai ada Dia di dalam hati kita?

Andai perasaan itu belum hadir, usahakan kerana manusia itu mampu berubah selagi ada kemahuan. 'Belum sampai seru', belum terbuka hati', 'aku masih muda' dan macam-macam anggapan lagi tidak patut dijadikan alasan untuk kita berubah kearah kebaikan.

Wahai Muslimah di luar sana, cari ruang waktu anda bersendirian untuk muhasabah diri. Renung sedalam-dalamnya ke dalam hati anda dan 'luahkan' siapa diri anda tanpa berselindung! Andai ada perlakuan yang mengundang dosa, segerakan memperbaiki, lakukan transformasi diri. Jika sebelum ini anda begitu 'berat' menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk, sering tidak ikhlas, kisah dibawah mampu memberi inspirasi. Mari kita sama-sama hayati kisah hidup Rabiatul Adawiyah, seorang anak kepada guru agama, namun memilih cara hidup yang dilarang Allah. Ilmu agama yang dimiliki ayahnya tidak mampu membantu Rabiatul Adawiyah sehinggalah ke satu saat dia melalui transformasi diri sehingga mengangkat dirinya ke tahap mulia sebagai wali Allah!

Bagaimana wanita ini mampu melakukannya?

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang  wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Kisah ini bermula ketika zaman kejahilan menyelubungi masyarakat Arab sehingga kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Kesannya, ayah Rabiatul Adawiyah yang merupakan seorang guru agama terpaksa menjadi pendayung sampan bagi menyara hidup. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu sambil mendayung. Dan Rabiatul Adawiyah sentiasa menemani ayahnya mendayung sampan sehingga dia meningkat dewasa. Selepas ayahnya meninggal dunia, dia mengantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan turut mendendangkan lagu yang merdu bagi menarik penumpang.Mendengar suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki membawanya untuk dipersembahkan kepada raja. dan akhirnya dia terpaksa berkhidmat untuk raja.. setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang ahli agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam  pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang bermunajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya terang menyuluh kearahnya.

Hidayah

Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan kepadanya supaya berhenti menyeksa Rabiatul Adawiyah dan melepaskan dia pergi. Kemudian Raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba puitih naik ke atas langit. Kemudian beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul Adawiyah berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi.

Apabila dia pulang ke kampung, rumahnya telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa amat kecewa dan ingin membunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisau terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut lalu mengatakan pada pencuri itu bahawa dia boleh ambil apa yang dia inginkan. Jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama di luar kelihatan keretakuda yang membawa harta yang banyak menuju ke pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang di sebelahnya yang memohon kepada Allah.

"Berilah harta itu kepada orang yang memintanya", kata Rabiatul Adawiyah.

Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahliga yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata? Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepada nya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia merasa terkejut dan menyesal keranatidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk memenuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyh pergi menemui kekasihnya, Allah buat selama-lamanya.

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

Hasnani Million Leap Properties

No comments: