Wahai Temanku,
Jika
mata dan minda mampu melihat segalanya dalam bentuk dosa dan pahala,
percayalah kamu tidak akan lagi membuat dosa dan berusaha mendpatkan
pahala yang tidak mampu dilihat matamu dan tidak disedari mindamu tapi
percayalah jiwamu maha mengetahui.
Wahai Temanku,
Bila
engkau berbuat perkara memberi pahala, hati kamu akan tersa berat pada
mulanya akibat bisikan syaitan, tapi setelah kamu melakukannya, hati
kamu terasa riang tersenyum kerana telah berjaya menumpaskan syaitan.
Perasaan itu umpama engkau melihat 'sampah' di tepi jalan, hati dan
mindamu berbalah tidak henti antara mengutip atau tidak mengutip sampah
tersebut, tapi setelah dikutip dan dibuang ke tong sampah, senyuman di
wajahmu dari hati sanubarimu.
Wahai Temanku,
Perasaan
itu cukup berbeza ketika engaku membuat dosa. Hatimu akan terasa
seronok yang amat sangat untuk sementar, tetapi kamu diselubungi rasa
bersalah akhirnya. Ia umpama maksiat, seronok perasaannya ketika minda
melayan bisikan syaitan di pandu nafsu gelora ketika membuatnya, tapi
tatkala nafsumu hilang, jiwa engkau akan diselubungi perassan bersalah
kerana gawal mengawal nafsu
Senyum :- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:
Post a Comment