Alkisah pemadam
“Salam ustaz, boleh tak ustaz bantu nasihatkan dan insafkan jiran saya.
Dia terlalu nakal selalu menyakitkan hati ayahnya… ayahnya dah uzur,
tapi masih selalu terpaksa membersihkan segala tindak-tanduk anaknya,
memohon maaf sana sini. Kesian tengok mereka berdua,” kata Puan Fatimah
kepada Ustaz Man.
“Tapi ayahnya sangat sayang pada anaknya, walaupun sakit hati, beliau masih menjaganya
dengan baik… tapi disebabkan isterinya dah tak da, kesian kat dia dah
uzur, tapi anaknya yang tunggal masih tak faham-faham, nakal dan selalu
menimbulkan masalah di sekolah sejak ibunya meninggal dunia tetiba 2
bulan yang lau,” tambah Puan Fatimah lagi.
“Insha-Allah,” kata Ustaz Man, “Saya akan cuba.”
Esok harinya, Ustaz Man pergi ke sekolah untuk memberi kuliah di surau sekolah budak nakal tersebut yang bernama Ali.
Ustaz Ali pergi ke kelas Ali untuk melihat gelagat beliau.
Sebaik tiba di kelas, terlihat Ali yang berusia 16 tahun ini sedang
bertengkar dengan seorang rakan sekelasnya untuk sekeping pemadam.
“Apa gaduh-gaduh ini,” tanya Ustaz Man.
“Ustaz, dia asyik guna pemadam saya, dan pemadam saya dah semakin kecil
– saya nak ambil balik, dia tak bagi, jadi saya menampar dia,” kata Ali
sambil menuding ke rakannya.
“Ustaz, Ali ini dia asyik guna
pemadam saya, pemadam saya dah habis, jadi saya nak guna dia punya, dia
pula marah… dia guna pemadam saya tak apa, saya guna pemadam dia dapat
penampar, budak tak ada ibu mengajar memang macam itu,” sindir rakan
Ali.
Ali berang dengan kata-kata rakannya tadi lalu cuba menamparnya untuk kali kedua.
Ustaz Man menahan dan menarik Ali bersama pemadamnya keluar kelas dan ke bilik surau.
“Apa istimewa sangat pada pemadam itu?’ tanya Ustaz Man ketika Ali dah bertenang.
“Ini peninggalan terakhir mak saya, ustaz, kerana ayah uzur, mak keluar
membeli sedozen pemadam untuk saya dan meninggal dilanggar motor,” kata
Ali sambil teresak-esak.
Memahami perasaan Ali, Ustaz Man bertanya, “Ali sayang pemadam ini, takut habis betul?”
Ali hanya mengangguk.
“Ayah sihat?” tanya Ustaz Man.
“Tak berapa… mengapa tanya?” tanya Ali.
“Ali sayang ayah tak?” tanya Ustaz Man.
“Sayang….” Jawab Ali.
“Tahu tak setiap kali Ali bergaduh, ayah susah kena datang ke sekolah
walaupun sakit untuk mendengar kata-kata complain daripada cikgu-cikgu
Ali,” tanya Ustaz Man.
“Errr… tapi saya tak buat salah…,” kata Ali.
“Tapi Ali susahkan ayah …” kata Ustaz Man. Ali hanya mendengar.
“Pemadam di tangan Ali sebenarnya bukanlah pemadam sebenar dalam hidup Ali. Pemadam sebenar dalam hidup Ali ialah ayah Ali.
Ali ibarat satu pensel, selalu menulis – tapi apabila silap, pemadamlah
datang memadam tulisan tersebut untuk Ali menulis semula sebagai
pensel. Seperti yang Ali tahu, setiap kali pemadam memadam, ia
mengorbankan sebahagian daripada dirinya untuk membuka ruang kepada
pensel untuk membuat pembetulan. Pemadam tak pernah merungut, kerana itu
tugasnya, dan ia sanggup menghabiskan segala hidup untuk berbuat
demikian untuk pensel.
Pemadam berasa bahagia dapat berkorban
demi pensel yang dia sayangi. Tapi Ali selaku pensel, jika ingin bersama
pemadam untuk jangka yang panjang perlu belajar untuk mengurangkan
kesilapan supaya pemadam tak perlu sentiasa mengorbankan diri untuk
membetulkan tulisan yang tersilap.
Jika Ali teruskan perangai
sedemikian, pemadam di tangan satu hari akan kecurian, dan pemadam
sebenar akan meninggalkan Ali kerana semakin uzur dibuat Ali… Jika Ali
sakit hati sehingga ingin menampar orang kerana pemadam di tangan akan
mengecil kerana kerap digunakan, Ali tak sakit hati ke pada ayah Ali
yang bagaikan pemadam, usianya semakin dimakan masa,” terang Ustaz Man.
Ali tersentak dengan cerita Ustaz Man – lalu pulang memohon maaf kepada ayahnya –
“Ayah maafkan anakanda – rupanya ayahlah pemadam sebenar yang tidak
kenal penat-lelah yang perlu anakanda kasihi. Terima kasih kerana selalu
di sisi anakanda, memaafkan kesalahan anakanda walaupun ia menyusahkan
ayah. Maafkan anakanda, pensel yang tidak mengenang budi ini, ayah,”
kata Ali kepada ayahnya yang masih tidak faham yang disebutkan oleh
anaknya, akan tetapi hatinya riang kerana tahu anaknya sudah insaf.
Senyum
No comments:
Post a Comment