Wednesday, 26 February 2014

SUP TULANG LEMBU KELANTAN



Sup Gear Box / Sup Kaki Lembu

Kaki lembu dipotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Perencah Sup serbuk
Rempah menumis 
Garam
Bawang goreng
Daun sup

Kaki lembu direbus hingga empuk.  
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang.  Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi. 
Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi.  Masukkan garam dan serbuk perasa.











Hasnani Million Leap Properties


Tuesday, 25 February 2014

SURAH TOHA

Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.

- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat.


“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, 

"131. Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." 


Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.



wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Firman Allah di dalam ayat berkenaan: “132. Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Hasnani Million Leap Properties 

Sunday, 23 February 2014

Ku Percaya Ada Cinta ~ Siti Nurhaliza

Ku Percaya Ada Cinta

Mereka meragui, wujudnya cinta yang sejati...
Tidak Hati ini, SeMENjak dari mula.. ku yakin ada cinta..
Cinta lah yang memungkinkan... segala...
Ku rela.. biar betapa pun perit tersusuk duri...
jalan berliku tiada bererti..
Ku percaya tidak sia-sia aku di uji...


http://youtu.be/BMkGQIrniCM




Hasnani Million Leap Properties

Wednesday, 19 February 2014

Sup Petola Telur

Sup Petola Telur

Anda juga boleh menggorengkan ikan bilis terlebih dahulu dan barulah dimasukkan ke dalam sup.
Sup Petola Telur

BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji petola | dihiris nipis
  • 20 gm ikan bilis
  • 1 biji telur
  • 750 ml air
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 10 gm daun bawang
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
  • ½ sudu teh kicap cair
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan air bersama petola, ikan bilis serta telur.
3. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan kicap cair, garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan hidangkan.

Tuesday, 18 February 2014

Sayur Campur Ala Inggeris

Sayur Campur Ala Inggeris

Juga enak jika menggunakan cendawan straw
Sayur Campur Ala Inggeris

BAHAN-BAHAN:
  • 8 biji jagung muda | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1/2 biji brokoli | dihiris
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 tin cendawan bulat
  • 1/2 biji lobak merah | dihiris memanjang
  • Garam secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga garing.
2. Masukkan brokoli, jagung muda, cendawan bulat dan lobak merah.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan garam. Gaul rata.
4. Sedia untuk dinikmati.

Gulai Udang Daun Kesum


Gulai Udang Daun Kesum

Potong nanas masak menjadi bentuk segitiga.
Gulai Udang Daun Kesum

BAHAN - BAHAN:
  • 6 ekor udang kertas bersaiz besar | dibersihkan
  • 1/4 biji buah nanas masak
  • 3 tangkai daun kesum
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh biji ketumbar | ditumbuk
  • 250ml santan | diambil dari sebiji kelapa
  • 250ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
 
BAHAN KISAR HALUS:
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5cm lengkuas
  • 1.5cm kunyit hidup
 
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan kisar halus, santan, air, daun kesum, ketumbar tumbuk, rempah kari dan cili kisar di dalam kuali.
2. Kacau sentiasa sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Kemudian masukkan nanas dan udang.
4. Akhir sekali, perasakan secukupnya. Kacau lagi sehingga udang masak.
5. Angkat dan sajikan bersama nasi putih.

Monday, 17 February 2014

Sup Ketam




Sup Ketam

Bahan bahan:
3 ekor ketam - potong 4 i biji ubi kentang - potong dadu
Garam
Minyak jagung

Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
15 biji lada putih

Bahan tabur:
Daun sup
Bawang goreng

Cara cara:
Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bahan tumbuk sehingga garing. 





Masukkan air dan ubi kentang. Setelah ubi agak empuk, masukkan ketam. Renih dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.






Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.





Nota:
Boleh juga jika tak mahu dimasukkan kentang

Sunday, 16 February 2014

DAGING BAKAR

DAGING BAKAR versi Kelate


Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam

Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering. 

Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan blender. 

Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak. Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.

Boleh dicicah dengan sos lada hitam. 


 Hasnani Million Leap Properties

Saturday, 15 February 2014

Ketam Lembut Sos Tomato

Ketam Lembut Sos Tomato

Untuk rasa yang enak, makan segera sebaik sahaja masak
Ketam Lembut Sos Tomato

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 kg ketam kulit lembut
  • 5 biji bawang putih | dicincang halus
  • 100 gm halia | dicincang halus
  • 3 biji cili hijau | potong kasar
  • 3 biji cili merah | potong kasar
  • 1 biji bawang besar | hiris halus
  • 6 biji tomato | cincang kasar
  • 100 gm seleri | potong dadu
  • 2 tangkai serai | potong halus
  • 3 sudu makan sos tomato
 
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan garam bersama ketam dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga sedikit garing. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan tumis bawang putih, bawang besar, halia dan serai sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau, seleri dan tomato yang dicincang tadi. Kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan sos tomato, ketam dan perasakan dengan garam.
5. Kacau lagi sehingga masak. Bolehlah diangkat.
6. Sedia dihidang.

Friday, 14 February 2014

KETUPAT SOTONG

Ketupat Sotong


Sesuai dihidangkan sewaktu berbuka

Ketupat Sotong




BAHAN-BAHAN:
  • 20 ekor sotong | sederhana saiznya
  • 250 gm beras pulut | dibasuh dan ditoskan
  • 250 ml santan
  • 10 gm gula merah
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Lidi | sebagai pencucuk
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Beras pulut dimasukkan ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh tetapi hanya separuh bahagian saja.
2. Selepas itu sematkan kepala sotong itu dengan menggunakan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar.
3. Susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan ke dalam periuk itu.
4. Masukkan daun pandan, garam secukup rasa dan gula merah ke dalam periuk.
5. Akhir sekali, tutup periuk dan masak selama sejam dengan menggunakan api yang perlahan.
6. Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Thursday, 13 February 2014

Sup Ketam Asparagus

Sup Ketam Asparagus

Bagus untuk meredakan demam
Sup Ketam Asparagus

BAHAN-BAHAN:
  • 5 batang asparagus | dihiris nipis
  • 100 gm isi ketam
  • 1 batang lobak merah
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1250 ml air
  • 2 biji putih telur
  • 2 sudu makan tepung jagung | dibancuh sedikit air
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit bahan perasa
 
 
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk bersama isi ketam.
2. Biar mendidih dengan api perlahan.
3. Masukkan serbuk lada putih dan sedikit bahan perasa. Kemudian pekatkan kuah dengan air bancuhan tepung jagung.
4. Masukkan putih telur dan kacau hingga rata.
5. Setelah masak, masukkan hirisan lobak merah, asparagus dan daun bawang.

Wednesday, 12 February 2014

DAGING GORENG BEREMPAH

Resepi


Daging Goreng Berempah
Oleh:Alia Nadia
FB:www.facebook.com/bukuresepi
Daging Lembu - 500g (dipotong)
1 Labu Bawang Besar - Dihiris (klu xde boleh gune bawang kecil)
Sedikit Halia - Dihiris
Bawang Putih - Dihiris (ikut suke nk letak banyak mana)
2 Tangkai Cili Merah - Dihiris
1 Sudu Makan Serbuk Kari
1 Sudu Besar Sos Tiram
Sedikit Kicap Manis
Sedikit Garam
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Minyak
Cara Membuatnya
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan masak sehingga kering airnya.
2. Masak daging sampai empuk. Kalau belum empuk tambahkan air sedikit sehingga daging empuk.
3. Masukkan bahan2 yang telah dihiris tadi goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos tiram, kicap manis dan sedikit air. Perasakan dengan garam kalau kurang masin.
5. Siap. Sedia dimakan dengan nasi panas

Hasnani Million Leap Properties 

Tuesday, 11 February 2014

SOTONG BAKAR

Pilih sotong segar bersaiz besar untuk hasil yang enak.
Sotong Bakar

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg sotong
  • 220 ml santan
  • 150 gm cili serbuk
  • 150 gm rempah kari
  • 100 gm bawang merah | dikisar
  • 60 gm bawang putih | dikisar
  • 40 gm halia | dikisar
  • 1 biji telur | dipukul
  • Garam dan gula secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sotong bersama-sama dengan semua bahan hingga rata.
2. Perapkan selama 1 jam.
3. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar selama 20 minit.
4. Hidangkan mengikut cara anda.

Monday, 10 February 2014

Masak Lemak Udang Dan Nenas

Masak Lemak Udang Dan Nenas

Bahan bahan:
1 kg udang
2 biji bawang besar
6 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah - hiris
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas
Santan secukupnya
1 asam keping (jika belum cukup masam) - tak letak
Gula
Garam

Cara cara:
Kisar bawang besar, cili padi dan kunyit hidup. Masakkan santan dengan nenas dan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan serai.

Masukkan udang, cili merah, bawang besar dihiris dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa. Angkat kerana jangan masak udang lama, nanti ia menjadi keras.






Siap untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga jika mahu dimasukkan sekeping ikan tenggiri jeruk ke dalamnya. Tapi saya lebih suka kuah yang mempunyai rasa kemanisan udang yang semulajadi.

Sunday, 9 February 2014

Udang Goreng Kunyit Dengan Sayuran

Udang
Bunga kubis
Karot
Kacang panjang
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Serbuk kunyit
Udang dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.
Kemudian masukkan karot dan bunga kubis sebelum dimasukkan udang. Kacau rata rata sehingga udang agak masak.
Akhir sekali masukkan kcang panjang dan cili merah. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.


Saturday, 8 February 2014

Kari Udang

.

Kari Udang

Bahan bahan:
Udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 paket rempah kari udang
1 pelepah daun kari
4 batang cili padi
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan pula cili padi yang dipotong kecil. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau dengan cepat supaya rempah tidak hangus. Setelah berbau wangi, masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari dan terus dikacau sehingga rempah terbit minyak. Setelah itu, baru masukkan santan. Apabila santan mendidih, baru dimasukkan udang dan masak sehingga udang masak.

Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, 6 February 2014

NELAYAN & PENOREH GETAH

Alkisah nelayan dengan penoreh getah

Satu hari si penoreh getah mengikut si nelayan ke laut untuk menangkap ikan. Si penoreh duduk di belakang kapal manakala nelayan di depan.

Laut yang agak bergelora menyebabkan si penoreh agak terumbang-ambing. Melihat si nelayan asyik berjaya mengail ikan tapi tidak dia, si penoreh meminta untuk menukar posisi memancing dengan si nelayan.

Si nelayan pun menukar posisi, namun situasinya sama, si penoreh masih tidak dapat mengail seekor ikan. Ikan-ikan semua seolah-olah lari mengikut si nelayan.

Mungkin ini adalah masalah joran. Maka si penoreh pun meminta menukar joran dengan si nelayan. Situasi tetap sama – hanya si nelayan mendapat ikan. Laut makin bergelora, si penoreh mengalami mabuk laut dan muntah-muntah.

Sesudah tiba di darat, si penoreh berkata: “Susah nak cari makan di laut. Elok buat kerja aku, lagi mudah.”

Pada satu hari, si nelayan mengikuti si penoreh ke ladangnya dan mencuba menoreh getah.

Ada 1,000 pokok yang perlu ditoreh bermula sebelum subuh. Si nelayan mengeluh susah. Masa menoreh, si nelayan cuai, tangan terkena sabit. Ketika ingin berehat, si nelayan terlanggar bekas menadah getah dan semua tertuang di atas kepalanya.

Si penoreh menoreh pokok getah dengan cukup senang tanpa sebarang gangguan.

“Susah betul kerja toreh getah. Tangkap ikan lagi mudah,” kata si nelayan.

Wahai anakku,
Rezeki kamu sudah ditentukan. Asalkan kamu berusaha, kamu akan mendapatnya. Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Bersyukur pada rezeki yang Allah kurniakan pada kamu. Usah iri hati pada rezeki orang lain. Ada orang yang memang rezekinya di darat menoreh getah, dan ada yang di laut menangkap ikan.

Setiap bidang ada cabarannya sendiri, namun asalkan hati kamu sentiasa dekat dengan Allah, kamu akan melihat segalanya dalam bentuk kesyukuran dan medan latihan untuk mempertingkatkan diri sebelum misi seterusnya.




Wednesday, 5 February 2014

SURAH YUSOF AYAT 4

Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4




Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.






“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin

Bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”



Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39





“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik,

hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.



Cara mengamalkannya : 

  1. Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
  2. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda. 
  3. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh. 
  4. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.




Pssst.....
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.

copy paste dari blog : http://sebelumintantidur.blogspot.com  
Hasnani Million Leap Properties