Monday, 30 June 2014

Rendang Daging

 
Rendang Daging Oleh: Azie Kichen
Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil 
2 pek kecil rempah kurma 
1/4 cawan kerisik 
Santan - 1 biji kelapa 
Garam 
Gula melaka/gula 
½ cawan air asam jawa/1-2 kpg asam
1 kiub ayam knorr - opsyenal

Bahan kisar:
2 labu bawang besar 
5 ulas bawang putih 
5 batang serai 
1 1/2 cm halia 
1 1/2 cm lengkuas 
15-20 biji cili kering

Bahan mayang: 
3 helai daun limau purut 
1 helai daun kunyit

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
 
 
Rebus daging seketika dengan pressure cooker (tak perlu jika guna daging batang pinang). Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata. Biarkan 2-3 minit.

Kemudian masukkan santan. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata. Masakkan sehingga kuah agak pekat.
 
 
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang dan dikacau seketika dan boleh tutup api.

 
 

Sunday, 29 June 2014

Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai



Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - belah depan
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang 
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
1/2 batang saderi - hiris nipis

Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa

Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris 

Cara cara:
Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.


 Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam. 


 Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar.  Bolehlah dihidangkan. 

Saturday, 28 June 2014

Kaitan Antara Usaha Dan Rezeki

Catatan ini di petik dari BUKU MINI : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


Kita pernah mendengar seseorang mengatakan, "Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha."

Kita juga pernah mendengar kata-kata, "Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan."

Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat ini? Apa bezanya? Yang mana satu betul?

Ternyata kedua-dua ayat diatas bukanlah untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percayai.

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu daripada Tuhan. Namun melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikan nombor dua pula. maksudnya apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat satu pilihan, keputusannya adalah Tuhan diletakkan nombor dua. 

Contohnya apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, sedang waktu solat sudah pun tiba, maka, solat dikemudiankan, malah dikerjakan di hujung-hujung waktu. Inilah golongan yang selesa mengucapkan ayat yang pertama itu. Padanya usaha adalah nombor satu. Perintah Tuhan jatuh nombor dua. "Benarlah rezeki itu dari Tuhan, tetapi kita kena berusaha," katanya.

Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Iaitu hanya tinggal meletakan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan, serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan menuju tempat solat.

Apabila beliau di tanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu. Beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu-bata dan bukan membesarkan Allah! Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah. Nah, beginilah dasyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan menjanjikan kejayaan (mendapat syurga) semasa masih di dunia lagi.

Para Sahabat ternyata amat memahami hakikat rezeki. Walhal apalah sangat dengan masa yang diperlukan untuk meletakkan seketul bata bagi menyempurnakan  kerjanya. Itulah hebatnya iman para sahabat berkaitan soal rezeki. Mereka percaya bahawa sebenarnya rezeki itu sangat kuat hubungannya dengan Allah, dan ia bukan berkaitan dengan usahanya sahaja.

Allah menyatakan dengan jelas melalui firmam-Nya di dalam Al-Quran bermaksud :
Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, di bumi, di antara keduanya dan yang di bawah tanah. (Thaha 20: 6)


Allah juga sudah menyatakan tentang jaminan-Nya iaitu :
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya, (Ali'Imran 3:37)

Bukan setakat itu, Allah memberi lagi strategi bertindak sebagaiman yang diriwayatkan dalam sebuah hadis Qudsi.
Berkata 'Ugbah Bin Amir al-Juhaini r.a., bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda maksudnya "Wahai anak Adam! Tunaikan empat rakaat (sunat) pada siang hari, nescaya Aku mencukupimu pada sepanjanh hari." (Riwayat Ahmad dan Abu Ya'la)

Solat sunat yang dimaksudkan adalah solat sunat Dhuha

Hadis ini jelas menunjukkan strategi bagaimana menjemput rezeki. Kita tidak perlu bimbang lagi dengan banyak atau sedikitnya rezeki yang diperoleh pada hari tersebut akan Allah cukupkan! Ini iman para sahabat. Rasa aman, bahagia dan serba cukup berkenaan rezeki hanya datang daripada Allah. Kebimbangan mereka bukanlah rezeki, tetapi iman di hati.

Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah melalui firman-Nya:
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. SesungguhnyAllah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Ath-Thalaq 65:2-3)

Sehubungan dengan itu jelaslah bahawa sumber rezeki itu datangnya daripada Allah. Apabila Allah mahu memberi rezeki kepada seseorang, akan diberinya sekali dengan sebab musababnya. Jadi, memang tiada istilah kebetulan atau mujur.

Oleh itu, usaha paling berkesan agar mudah menjemput rezeki tentulah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Berusaha sehingga Allah kasih dan redha kepada kita. Dapatkah dibayangkan bagaimana agaknya kehidupan seseorang yang menjadi kekasih Allah?

Pelbagai kisah sudah pernah kita dengar. Kehidupan orang yang bertaqwa memang sangat istimewa. Mereka mendapat layanan yang luar biasa berbanding manusia biasa. Hari ini, Allah yang sama, membuka peluang kepada kita untuk terus berusaha agar turut sama mendapat nikmat itu. Iaitu dengan berusaha menjadi orang yang bertaqwa.

Takwa dalam bahasa yang mudah adalah, "Buat apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah larang mengikut cara yang diajarkan oleh Nabi Mohammad S.A.W.




Sunday, 22 June 2014

Tuesday, 17 June 2014

AYAM PERCIK PUTIH

AYAM PERCIK PUTIH lain kali kita masak AYAM PERCIK MERAH pulak



Ayam Percik Putih
Oleh : Azie Kitchen

Bahan bahan
Ayam belah 4 
12 bawang merah
1 inci halia
1 asam keping
Garam dan gula
2 cawan santan pekat
2 batang serai

Ayam diperap dengan garam, bawang merah dan halia yang dikisar.  Kukus hingga masak.  Atau boleh juga dicelur sahaja atau boleh dibakar terus.  Susun dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang.
Blend bawang merah dan halia bersama santan.  Masak hingga pekat. Masukkan garam, gula dan asam keping.  Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah. 

Kuah percik dilumur pada ayam yang dibakar.  Bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga percik melekat di ayam.









Hasnani Million Leap Properties

Monday, 9 June 2014

:: SENYUM ::

Wahai Temanku,
Jika mata dan minda mampu melihat segalanya dalam bentuk dosa dan pahala, percayalah kamu tidak akan lagi membuat dosa dan berusaha mendpatkan pahala yang tidak mampu dilihat matamu dan tidak disedari mindamu tapi percayalah jiwamu maha mengetahui.

Wahai Temanku,
Bila engkau berbuat perkara memberi pahala, hati kamu akan tersa berat pada mulanya akibat bisikan syaitan, tapi setelah kamu melakukannya, hati kamu terasa riang tersenyum kerana telah berjaya menumpaskan syaitan. Perasaan itu umpama engkau melihat 'sampah' di tepi jalan, hati dan mindamu berbalah tidak henti antara mengutip atau tidak mengutip sampah tersebut, tapi setelah dikutip dan dibuang ke tong sampah, senyuman di wajahmu dari hati sanubarimu.

Wahai Temanku,
Perasaan itu cukup berbeza ketika engaku membuat dosa. Hatimu akan terasa seronok yang amat sangat untuk sementar, tetapi kamu diselubungi rasa bersalah akhirnya. Ia umpama maksiat, seronok perasaannya ketika minda melayan bisikan syaitan di pandu nafsu gelora ketika membuatnya, tapi tatkala nafsumu hilang, jiwa engkau akan diselubungi perassan bersalah kerana gawal mengawal nafsu

Senyum :- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Thursday, 5 June 2014

SOLOK LADA

Dari : Buku Resepi


Bahan-bahan:
Cili solok. Sewajibnyalah samada yang merah atau hijau, biasanya yang hijau. Dibelah perutnya untuk ruang inti nanti.
Kelapa parut kering.
Santan pekat
Ikan mackerel tin dalam spring water atau in oil atau in brine.
Bawang merah (blend)
Bawang putih (blend)
Halia (blend)
Garam.
Gula.
Lada hitam.


Cara-cara :
1.Dalam kuali atau periuk, campurkan semua bahan kecuali cili je. 2.Gaul sebati dan mulakan memasaknya (panaskan atas api)
3.Di kacau sesekali agar tidak melekat hingga santan hampir kering. 4.Tidaklah terlalu kering cuma ada lembab-lembab basahnya.
Sesuaikan rasa. (Petua berguna : Lagi banyak ikan lagi sedap)
5.Tutupkan api dan biarkan suam.
6.Sumbatkan inti ini ke perut cili.
7.Kukus hingga kulit cili sedikit lembut. Kekadang ada juga time tak kukus pun, cuma kena rendam dulu cili tu ke dalam air panas. Biar lembut sikit kulitnya, kemudian sumbatkan inti.
8.Bolehlah dihidangkan.



Hasnani Million Leap Properties