Nasi Goreng Cina
Nasi putih
Ayam dipotong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
2 biji telur
Sedikit sayur campur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Bawang goreng - hiasan
Daun bawang - hiris
Tumis
bawang putih hingga kekuningan. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam
masak. Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.
Ketepikan
rencah ke tepi kuali, dimasukkan telur dan dikacau rata. Masukkan nasi
dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi. Setelah rata, masukkan
lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.
Sebelum
dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang
dihiris, jika suka. Sedap jika dimakan bersama ikan bilis goreng yang
ditabur semasa hendak dimakan.
 |
| tumis bawang putih hingga wangi |
 |
| masukkan ayam yang dipotong kecil kecil |
 |
| masukkan garam dan serbuk lada putih sedikit sahaja dulu |
 |
| masukkan sayur campur |
 |
| pecahkan telur dan kacau cepat cepat |
 |
| masukkan nasi dan kacau rata sehingga telur bersalut |
 |
| masukkan garam dan serbuk lada sulah lagi |
 |
| tabur bawang goreng, daun bawang sebelum dihidangkan |
 |
| sedap dimakan dengan ikan bilis goreng dan keropok lekor |
No comments:
Post a Comment