Wednesday, 30 April 2014

Penyejuk Hati

Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati & Kadang2 kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri.. adakalanya kita melangkah denganpenuh yakin, sedangkan perasaan goyah menunggu rebah, Bila menangis tiada siapa yang tahu.. walau siapa pun kita.. di mana pun kita.. langit dijunjung.. tanah dipijak rapi.. selagi kita hidup.. langkah mesti diteruskan.. jangan sesekali kesal dengan nasib diri.. kerana kita sebahagian dari makhluk Allah yang sedang di uji...

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiahkan kita dengan pelbagai ujian.. namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan...

"keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala bebanan yang di tanggung ringan dan mudah.. keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenag ketika perjalanan sukar.. kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat..

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.. semakin bertambah bebanan, semakain kurang pula keupayaan.. hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan.. penuh ketenangan, merempuh ujian, tuluslah dengan tuhan, tuluslah sesama manusia!!!!!!!!
 
 

Tuesday, 29 April 2014

Allah, kuatkan aku

yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan...
yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada ketentuanNYA,
rasa bahagia dengan ujian walaupun perit...di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka...indahnya tarbiyyah Allah..tersirat rahmat dan hikmah..diuji kita sebagai tanda sayangNYA...

bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNYA..
begitulah rupanya berkasih dengan Allah...tidak akan dibiarkan terlena dengan kenikmatan yang melimpah tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan...panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hamba-hambaNYA.....

"Ya Allah, sentuhlah hatiku ini, saat aku jauh dariMU, peluklah hatiku, saat aku mencintai sesiapa lebih dariMU, peliharalah imanku selalu, jadikan aku hamba yang banyak berdoa, beristighfar dan menangis di hadapanMU agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu itu datang dariMU"...

"Semoga Allah memberikan pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan, kekuatan untuk setiap dugaan dan makbul untuk setiap doa"

"hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar..ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana. namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini"

"Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara dan sekirannya kejayaanku membuatkan aku jauh dari Islam dan perjuangan, maka Kau lebih berhak menentukan selayaknya untuk ku...kerana aku yakin, tiada apa yang Kau takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya"...


Monday, 28 April 2014

Sunday, 27 April 2014

PERJUANGAN SUCI ITU PERLU DITERUSKAN

Telah Kupilih JalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh

Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampunilah Aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk ku buang
Terlalu pahit untuk di telan
Tapi terus-terusan aku gagahkan

Demi mengapai cintaMu yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan ku minta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku

Teguhkan Kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab diantara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
walau ia se"gah" bahtera "titanic"
tetapku pinta ia karam
Jika berlayar di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
walaupun ribut datang mengundang
kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana iannya lumrah ujian

dan akan kuteruskan tekadkan janji
kerana telah ku pilih jalanMu

Saturday, 26 April 2014

PASRAH SEGALANYA

pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
sehingga terasa diri ini hina
kerna tiada siapa yang sudi membela
ku tabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di laluan sepi
ditinggalkan mereka yang ku percayai

namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMU Tuhan
yang berkuasa jua mencipta
kerana ENGKAU MAHA mengetahui
segala apa yang terbuku di hati

YA ALLAH tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah kutemui
mengkahiri segala yang telah ku mulai

YA ALLAH ENGKAU lindungilah aku
bekalkanlah aku dengan limpahan iman
agar tabahku menghadapi dugaan
agar tidakku berhenti di pertengahan

namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
terasa bagai noktah telah kutemui
mengakhiri segala yang telah ku mulai

YA ALLAH tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah kutemui
mengakhiri segala yang telah ku mulai

YA ALLAH ENGKAU lindungilah aku
bekalkanlah aku dengan limpahan iman
agar tabahku menghadapi dugaan
agar tidakku berhenti di pertengahan

kini di sini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari pagi
setelah malam ku berkalut benci

Friday, 25 April 2014

M. Nasir - Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat mengisi uratku
Agar bisa ku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Mentera semerah padi
Mentera semerah padi
Mentera semerah padi

Thursday, 24 April 2014

KU SANGKA ORANG GILA



......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

Wednesday, 23 April 2014

Misha Omar – Pulangkan Lyrics





Seharum bunga yang menggoda
Sekadar di pandang usah di puja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan untukmu sayang

Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku

Pulangkan cinta hatiku
Oh hentikanlah menghantuiku
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku
Kupulangkan resah hidupmu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini
Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga ke akhir masa sayang

Tuesday, 22 April 2014

Ikan Kerapu Bara Goreng Halia dan Bawang Putih

Jom kita layan resepi dulu...




Ikan Kerapu Bara Goreng Halia dan Bawang Putih 

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan kerapu 
Minyak - untuk mengoreng 

Bahan A:
Serbuk kunyit
Garam
Sedikit tepung jagung

Bahan B:
Segenggan halia muda - dimayang halus 
Segenggam cili padi - dipotong halus
Segenggam bawang putih - mayang halus 

Bahan C:
3 sudu besar kicap cair 
1 sudu besar kicap pekat 
3 titik minyak bijan 
1 sudu besar sos ikan 
1 sudu kecil gula

Cara cara:
Lumur ikan kerapu dengan garam kunyit dan sebelum digoreng tabur tepung jagung. Kemudian goreng ikan sehingga garing dengan minyak yang banyak dan pastikan kedudukan ikan adalah melebar dengan kedudukan kepala ikan tegak.

Menggunakan minyak yang sama goreng Bahan B satu persatu sehingga garing dan kuning keemasan dan ketepikan. Kurangkan minyak kepada 1 sudu besar dan masukkan Bahan C dan dimasak sehingga menggelegak dan ketepikan.






Letak ikan di tengah-tengah pinggan, taburkan Bahan B dan siram Bahan C apabila hendak dimakan. Hias dengan daun ketumbar atau daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.





Monday, 21 April 2014

Lagu Gemilang - Jaclyn Victor


Berjuta bintang menyanyi
Ku di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini… gemilang

Lalu ku redah onak duri dan lautan api
Kemuncaknya inginku tawan aku jelajahi

Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan
Jiwaku harus bertenaga
Mungkinkah di sini menjadi realiti

Sunday, 20 April 2014

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Kelapa

Bahan-bahan:
ikan cencaru -siang, belah belakang, sejat & lumur garam kunyit
kelapa parut -secukupnya
serai -sesedap rasa
cili merah & cili padi -ikut nak pedas mana, kalau nak pakai cabai blender pon boleh
serbuk kari ikan sikit
bawang merah -ikut nak banyak mana
garam & gula sesedap rasa
benang -untuk ikat ikan

Caranya:
Tumbuk kesemua bahan kecuali ikan la kan.
Kemdian sumbat la ikan cencaru tu dengan sambal kelapa yang dah siap
Belit ikan cencaru tu dengan benang supaya segalanya isi kelapa tak terburai masa bakar nanti
Bakar guna arang lagi best sebab boleh rasa aroma arang tu menusuk kalbu Bonda kesedapannya

Saturday, 19 April 2014

Lirik Gemuruh - Faizal Tahir




Faizal Tahir - Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Friday, 18 April 2014

Lirik Kian - Mawi

Kian jauh kian hilang
kasih antara kita
nampak tenang pada zahirnya
tapi batin terseksa
yang terguris tak nampak di mata
yang terhiris terluka
sesekali terbit airmata
tahan sebak di dada

Ke manakah nak di bawa
resah kian melanda
di manakah hendak ku khabar
pilu di dalam dada
bila kasih di hujungnya nyawa
rasa ingin dimanja
perasaan pun kian tersentuh
bila rindu ini berlabuh

Korus:
Apakah yang dikejar dalam hidupmu
berkali kukata padamu
kita singgah di dunia yang sementara
penuh tipu daya

Yang kekal di sana
biarlah kita bersama
usahlah hanyut terus terlena
kerana dunia

Ulang korus
Ada aku masih ada
kasih belum terhakis
sebenarnya sudah lama
ku sungguh berkecil hati

Thursday, 17 April 2014

KERABU JANTUNG PISANG



Kerabu Jantung Pisang

Jika suka masam, lebihkan jus limau nipis


BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji jantung pisang
  • 100 gm udang kering | ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang merah | ditumbuk lumat
  • 2 biji cili merah | ditumbuk lumat
  • 2 cm belacan | ditumbuk lumat
  • 3 sudu teh kerisik | ditumbuk lumat
  • 1 biji limau nipis
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus jantung pisang sehingga lembut dan kemudian dihiris kecil.
2. Gaulkan hirisan jantung pisang dengan bahan-bahan yang ditumbuk hingga rata.
3. Kemudian gaul bersama kerisik dan garam.
4. Gaul hingga sebati dan perahkan air asam limau.
5. Sedia untuk dihidang.

 Hasnani Million Leap Properties

Wednesday, 16 April 2014

AYAM GORENG MADU

PETIKAN MAJALAH RASA

SEDAP!!! BOLEH CUBA MASAK, BERBALOI

Ayam Goreng Madu

Jangan goreng ayam terlalu lama bagi mengelakkan isinya menjadi keras dan kering



BAHAN-BAHAN:
  • 6 ketul ayam
  • 65 gm perencah madu segera
  • 2 cm halia | ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah | dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar | dipotong empat
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak. Angkat.
3. Kemudian gunakan sedikit minyak tadi. Tumis pula bawang dan halia hingga wangi.
4. Masukkan perencah madu segera dan rasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan pula ayam goreng tadi. Gaul sekejap.
6. Tambahkan sedikit air dan biar selama seminit.
7. Akhir sekali masukkan bawang besar untuk menaikkan lagi haruman masakan. Taburkan sedikit daun bawang dan hidangkan bersama nasi putih.

 Hasnani Million Leap Properties

Tuesday, 15 April 2014

Ketika Allah Memilihnya Untukku

PADAMU,
 yang Allah pilihkan untukku..
ketahuilah, 
aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku..
aku bukanlah wanita yang sempurna, 
seperti yang kau harapkan..
maka, 
ketika Dia memilihmu untukku,
maka saat itu, 
Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu..
dan aku tahu, 
kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
dan kuharap, 
ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
kerana kelak kita akan satu..
aibmu adalah aibku, 
dan indahmu adalah indahku,
kau dan aku akan menjadi "kita"..
 

Monday, 14 April 2014

DAGING BEREMPAH

PETIKAN MAJALAH RASA

DAGING BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm daging lembu
  • 8 biji cili kering | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 4 cm halia | dikisar
  • 6 biji bawang merah besar | dipotong dadu
  • 1 biji kiub ayam | dicampur dengan sedikit air
  • 2 biji lemon | ambil jusnya
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 5 sudu makan sos kicap hoisin (dari China)
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Perap daging dengan jus lemon terlebih dahulu sekurang-kurang setengah jam. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan semua bahan lain dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.
4. Akhir sekali masukkan daging dan gaul dengan api perlahan. Kacau sekali sekala sehingga daging masak.

Sunday, 13 April 2014

Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin
Oleh : Azie Kitchen
 
Nasi putih
Udang - buang kulit
Kacang panjang - potong kecil
Karot - potong kecil
Bawang besar - hiris
Cili padi - hiris kecil
Bawang putih - cincang
Daun bawang - hiris
Cili merah - hiris
Ikan masin jeruk
Telur
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak. Goreng ikan masin dan kacau sambil dihancur hancurkan.  Buang tulang tulang ikan.





Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi. Goreng hingga wangi sedikit.




Masukkan udang dan kacau rata.



Masukkan kacang panjang dan karot sehingga agak layu. Ketepikan sedikit bahan bahan, pecahkan telur. Kacau rata telur dan terus masukkan nasi. Kacau rata supaya telur bersalut pada nasi. Tapi kali ini, saya goreng telur secara berasingan dengan menggunakan mayonis.






Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.




Tabur daun bawang, bawang goreng dan cili merah sebelum dihidangkan.



Taadaaa ... siap. 


Selamat bersarapan ...

Saturday, 12 April 2014

Nasi Goreng Kampung

Oleh : Azie Kitchen

Nasi secukupnya
3 ketul dada ayam - potong kecil
6 bawang merah
4 bawang putih
3 sb cili kisar
3 biji telur
Garam
Karot - potong dadu
Kacang panjang - potong kecil
Cili merah - hiris
Bawang goreng

Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili menjadi garing. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam.

Setelah ayam masak, masukkan karot dan kemudian kacang panjang. Kacau sehingga layu.

Ketepikan dan tuang telur ke dalam kuali, kacau rata dan cepat cepat masukkan nasi supaya ianya bersalut dengan telur.

Masukkan garam dan serbuk perasa, jika suka.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan cili merah dan bawang goreng.

Selamat bersarapan...

Friday, 11 April 2014

Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Nasi putih
Ayam dipotong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
2 biji telur
Sedikit sayur campur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Bawang goreng - hiasan
Daun bawang - hiris

Tumis bawang putih hingga kekuningan.  Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak.  Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.  

Ketepikan rencah ke tepi kuali, dimasukkan telur dan dikacau rata.  Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi.  Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka.  Sedap jika dimakan bersama ikan bilis goreng yang ditabur semasa hendak dimakan.
tumis bawang putih hingga wangi

masukkan ayam yang dipotong kecil kecil

masukkan garam dan serbuk lada putih sedikit sahaja dulu

masukkan sayur campur

pecahkan telur dan kacau cepat cepat

masukkan nasi dan kacau rata sehingga telur bersalut

masukkan garam dan serbuk lada sulah lagi

tabur bawang goreng, daun bawang sebelum dihidangkan

sedap dimakan dengan ikan bilis goreng dan keropok lekor

Thursday, 10 April 2014

FOR THE REST OF MY LIFE

Maher Zain Lyrics

"For The Rest Of My Life"




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
Oooooh
And there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of U
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife & my friend & my strength
And I pray we`re together in Jannah
Finally now I've found myself, I feel so strong
I guess everything was changed when you came along
Oooooh
And there's a couple of words I wanna say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart
& now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love U eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Until the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I
I`ll be there for you

I know it deep in my heart

 Hasnani Million Leap Properties

Wednesday, 9 April 2014

Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi Goreng Ikan Bilis

Nasi putih
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 biji telur
Garam
Cili merah & daun sup - hiasan

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Boleh juga jika mahu ditumbuk sebahagian dari ikan bilis.

Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih. Tumis cili kisar dan bawang sehingga cili garing dan betul betul masak.

Masukkan nasi dan kacau rata. Pecahkan telur dan dikacau supaya bergaul rata dengan nasi. Masukkan garam dan taburkan ikan bilis goreng.

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Taburkan cili merah dan daun sup yang dihiris sebelum dihidangkan.