Kuih Onde Onde atau (Buah Melaka)
Bahan-Bahan:
Tepung pulut (ikut suka berapa banyak)
5 helai daun pandan (jus pandan secukupnya)
Gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Sedikit kapur
Sedikit kapur
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan air kapur sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Gula melaka dipotong kecil kecil atau dihancurkan sedikit supaya ia cair semasa dimasak.Saya tak suka rasa gula melaka yang berbiji semasa mengunyah kuih tersebut.
4. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel adunan bulat bulat.
5. Panaskan air hingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan dalam air rebusan supaya airnya wangi.
6. Masukkan bebola pulut tadi.
7. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
8. Terus golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
9. Bolehlah dihidangkan bersama teh o panas panas.
No comments:
Post a Comment