Monday, 27 January 2014

AIRMATA IBU

Lirik Lagu Airmata Ibu - Siti Nurhaliza



Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


Hasnani Million Leap Properties

KUIH ONDE-ONDE

Kuih Onde Onde atau (Buah Melaka)



Bahan-Bahan: 
Tepung pulut (ikut suka berapa banyak)
5 helai daun pandan (jus pandan secukupnya)
Gula melaka 
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Sedikit kapur



Cara: 
1.      Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan air kapur sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. 
2.      Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
3.      Gula melaka dipotong kecil kecil atau dihancurkan sedikit supaya ia cair semasa  dimasak.Saya tak suka rasa gula melaka yang berbiji semasa mengunyah kuih tersebut.
4.      Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel adunan bulat bulat.
5.      Panaskan air hingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan dalam air rebusan supaya airnya wangi.
6.      Masukkan bebola pulut tadi. 
7.      Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. 
8.      Terus golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. 
9.      Bolehlah dihidangkan bersama teh o panas panas. 

Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai

 
 
Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan ikan:
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil
Serbuk kunyit dan garam
Bahan sos:
3 ulas bawang putih - hiris
1cm halia - hiris kasar
8 biji cili padi - diketuk
3 biji cili merah - hiris
2 batang serai - dititik
1 batang bunga kantan - dipotong kecil (tak letak)
4 helai daun limau purut
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan potong dadu:
1 biji bawang besar 
1 tin kecil nenas dalam tin (ganti dengan cendawan butang) 1 biji tomato buah
½ biji cili benggala merah
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala kuning
½ biji timun

Cara memasak:
Gaul gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
 
 


Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.




Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan seketika.

Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng. Sedia untuk dinikmati.
 

 

Monday, 20 January 2014

DAGING GULAI KAWAH KELANTAN

Gulai Kawah Daging





1 kg Daging (campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk dll)
4 ulas bawang merah (hiris)
Santan
Garam dan gula
Gula melaka
Asam jawa secukupnya

Bahan menumis
8 bawang merah (hiris)
4 ulas bawan putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 - 3 sudu besar rempah gulai kawah
Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.

  
Penyediaan bahan penumis:
Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah penumis iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah yang dibancuh dg sedikit air. Goreng lama lama sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan. Biasanya kalau untuk majlis kenduri, rempah akan ditumis malam sebelumnya bagi mempercepatkan kerja memasak keesokannya kerana proses menumis rempah memakan masa yang lama.

Penyediaan gulai:
Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk. Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan digaul rata. Biarkan sehingga mesra. Masukkan bawang yang dihiris.

Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak.  Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.